bismillahirrahmanirrahim
wassolatuwassalamu'ala rasulillah
assalamualaikum wbt..
selalunya org ckp,yang hitam itu menawan, tapi kali ni kita tukaq sikit la..xpa kot noh..hehe..tapi,apa kaitannya? sehari dua ni org duk sibuk dengan kisah BERSIH 3.0..hampa dengaq dak? mestilah kan, wall facebook aku dah 2 hari penuh dengan cerita tu ja...sampai rasa mcm facebook aku dpt anugerah diraja dah sbb penuh ngn kuning..hehe..
dalam banyak2 blog yg aku baca,aku tertarik dengan satu blog anak polis ni..dalam blog tu dia kata, dia sedih la sbb org panggil polis anjing semua sbb bersih tu..ya la,sapa x sedih kan kalau org panggil ayah kita anjing..
untuk para bloggers dan facebookers sekalian,berhati2 la dengan setiap perkataan anda ketika ingin berbicara..memang aku akui ada sesetengah polis yg bertindak mengalahkan binatang pada hari bersih tu tp itu hanyalah sebilangan yg aku kira nafsu amarah syaitannya telah menguasai penuh jasadnya pada hari itu..memang tidak berkeperimanusiaan utk polis yg bertindak sedemikian..tapi x semua polis yg bersikap seperti yg sedemikian..ada juga polis yg membantu para peserta yg kesakitan pada hari tersebut..ada juga polis yg beramah mesra dan menunjukkan sikap yang mulia pada hari tersebut..janganlah terlalu taksub sehingga membutakan hati anda dan membuat generalization yang semua polis itu jahat..nnt kalau kita ada masalah pun,polis yang sama juga kita minta bantuan..berpada2lah dalam berkata2..
untuk polis-polis sekalian, jika anda kira arahan yg anda terima dr pihak atasan itu melanggar apa yg diperintahkan oleh agama,berfikir panjanglah sebelum mengambil apa2 tindakan..bukan pemimpin tersebut yg akan membantu anda ketika di padang masyhar kelak ketika sekalian anggota tubuh anda bercakap tentang apa yg telah anda lakukan didunia ini..fikirkanlah juga gaji yg anda dpt utk menyara anak bini anda sekiranya kerja anda itu mengkehendaki utk mencederakan orang awam yang tidak ada salahnya..apakah keperluan untuk menyembur air dan gas kepada org awam yang tidak bersenjatakan apa-apa sehingga ada yang sesak nafas,pengsan dan sebagainya..mungkin kesannya dalam jangka pendek ini tidak nampak tp kita x tahu kesannya pada masa depan..mungkin org yg terjatuh pengsan tersebut terhentak kepalanya sehingga berlaku pendarahan dalaman yang symptomnya tidak kita nampak sekarang..mahukah anda menjadi penyebab kematian hamba Allah yg lain?PEMBUNUH DALAM SELIMUT? fikir-fikirkanlah..allahu'alam..
aku bukanlah org yg 'arif apatah lagi pandai berkata-kata..ini hanyalah sekadar pandangan kasar setelah membaca dan melihat beberapa sumber..
apa-apapun,jom senyum :-)
wassalam


